Thursday, May 29, 2008

Nasihat berguna 2

Alhamdulillah, hari ini saya dapat melihat satu bentuk kejadian dan kekuasaan Allah dalam merencanakan kehidupan manusia. Kejadian ini diperhatikan boleh memberi kesedaran kepada kita semua bahawa jangan sesekali membuat perbandingan kekuatan semangat antara yang tua dan yang muda. dipertengahan umur tidak perlu dibuat perbandingan.
Isi utama nasihat kali ini ialah tentang semangat juang yang ada dalam diri seorang pemuda atau pemudi dan seorang vateran. Memang tidak dinafikan bahawa orang muda secara logiknya mempunyai kekuatan luaran dan dalaman yang sangat ampuh tetapi selalu tewas dengan orang yang digelar vateran. Saya katakan begitu kerana orang muda selalu mengeluh apabila didatangi sesuatu keadaan yang tidak menyenangkan. tetapi orang vateran tidak mudah mengeluh dan akan cuba sedaya upaya memperlihatkan kepada orang muda bahawa kekuatan mereka sama dan mungkin melebihi orang muda.

Moralnya......... Jangan mudah mengeluh......... letihlahhhhhh............. bila nak sampai....... perlihatkan kekuatan anda sebagai orang muda.

Tuesday, May 27, 2008

Nasihat berguna

27 mei 08,
kembali bersama nasihat berguna: Dalam dunia ini tiada yang susah untuk dijadikan realiti. hanya orang yang tidak berfikiran sahaja yang tidak tahu menilai kemampuan diri untuk bekerja menyelesaikan sesuatu masalah.
dalam dunia ini juga ada bermacam jenis manusia:
rajin, pemalas
kuat berusaha, kaki bodek

yang paling aku bengang ialah orang jenis kaki bodek. kerjanya takda lain, merngek-rengek. menyampah , meluat, nak muntah tengok kelakarnya gelagat orang yang kurang usaha tetapi kuat bodek.

sekian.....

Monday, May 26, 2008

Salam perkenalan

Inilah pertama kali dalam hidup ini diajar membuat blog untuk sendiri. mujurlah ada Dr. Fauzi yang bermurah hati memperkenalkan tajuk ini dalam subjeknya. Rupanya dalam dunia macam-macam ada . bukan saja gaya tetapi rupa.